Monday, July 9

Tumis Udang Berempah

 

 

Bahan-bahan

500g Udang (Sederhana besar) 

Bahan Kisar
2 biji bawang besar dihiris
5 tangkai cili kering
2 niji bawang putih
1/2 inci halia
1 pkt rempah udang
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan putih
2 cawan air

Bahan Menumis
1 inci halia
10g buah pelaga
5 biji bawang merah dihiris

3 tangkai daun kari
1 biji tomato (potong slice)
sedikit air
sedikit garam
sedikit gula
Sedikit minyak

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, dan tumis bahan yang dihiris.
  2. Apabila bawang agak kekuningan, masukkan bahan yang telah dikisar.
  3. Apabila bahan tumis sudah pecah minyak, masukkan air.
  4. Biarkan campuran menjadi agak pekat.
  5. Masukkan udang biarkan selama 5 minit
  6. Masukkan daun kari dan biarkan lagi selama 5 minit.

Sunday, July 8

Belitong Masak Lemak Cili Api

Hari Sabtu baru ni, aku kematian akal, x tahu nak masak apa.
Bila sampai dia Market saya berjalan-jalan kat area makanan basah Masih tak boleh berfikir.... Tiba-tiba saya nampak Siput Belitug... A'ha... lama aku tak masak siput ni. Sebab susah sangat nak dapat siput ni.


So.. nyummy2... ni adalah kegemaran family aku.. Esp.. kalau buat masak lemak... ish! sedap ni...


1/2 Kilo Siput belitung,
1/2 biji santan. Kalau nak beli siap perah, boleh beli dalam RM1.
1 camca kecil serbuk kunyit
4 biji cili padi (Ditumbuk halus)
2 biji ditumbuk hanya sikit saja. Kalau x nak pun x apa.
3 cawan air

Bahan menumis
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 inchi halia
(Kesemua bahan ni di tumbuk)
Halba Campur
2 Tangkai daun kari
Sedikit minyak

Cara memasak
  1. Bersih dan potong bahagian hujung siput belitung.
  2. Panaskan periuk, masukkan santan. dan air.
  3. Masukkan kunyit dan kacau rata.
  4. Selepas berberapa minit, masukkan siput belitung yang dah siap dicuci.
  5. Kacau selalu sebab tak mahu nnt kuah mengelegak dan pati santan berkepala.
  6. Setelah kuah dah nampak cukup kepanasan, masukkan sedikit garam dan biarkan lagi 5 minit
  7. Tutupkan api.
  8.  Didalam kuali lain, panaskan minyak, tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi, daun kari dan sedikit halba campur. Tumis sekali, agak bau dah naik saya masukkan kedalam masak siput td & tutup.

Petua: Kalau nak hilangkan selut atau pasir2 dalam siput tu, sebelum di potong hujung ekor siput tu, rendam dulu siput tu selama setengah jam. Makesure tutup bekas tu ek. Nnt penuh siput panjat didapur tu. hehehe....

Wednesday, July 4

Popia Goreng



Bahan tumis
2 biji bawang kecil
1 biji bawang putih
Sedikit minyak
Sedikit air
Gula & Garam secukup rasa

Bahan Hiris Nipis
1 biji sengkuang
1 biji carrot
3 tangkai kacang panjang
2 camca udang kering/udang hidup (dicindang)
Kalau tak suka udang, gantikan dengan isi ayam atau telur yang telah dicincang.
2 camca kecil bawang goreng (Di hancurkan sedikit)

Cara memasak
  • Masukkan bawang putih & bawang merah yang telah dihiris nipis kedalam belanga yang telah dipanaskan dengan minyak.
  • Setelah bawang agak kuning masukkan sengkuang dan carrot.
  • Masukkan juga air.
  • Kacau rata dan masukkan kacang panjang
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Biarkan semua bahan agak sedikit layu, matikan api
  • Kemudian gulung popia apabila bahan inti agak sedikit sejuk.
Untuk membuat sos dia, saya buat yang cepat dan simple. Saya ambil 2 camca cili kering yang telah siap di mesin (cili yang saya simpan tuk buat sambal tumis) Panaskan minyak dalam kuali, masukkan cili td, masukkan sedikit air. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung mengikut kepekatan yang kita mahu. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa. Sedap sos ni... simple n cepat nk siapkan. kalu nak cepat lagi amik cili sos saje ye... :p


Monday, July 2

Kek Kukus Coklat



Bahan-bahan kek

3/4 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan sedikit Milo (saya saja tambah)
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur

Cara-cara

1-      Campurkan gula pasir, serbuk koko dan Milo, minyak masak, susu cair dan susu manis ke dalam periuk. Masak sebentar di atas api yang perlahan sehingga semua bahan larut.
2-      Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.
3-      Dalam bekas berasingan, pukul telur sampai kembang,
4-      Masukkan telur yang dipukul tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan koko tadi.Sambil tuang telur tu sambil kacau ye.
5-      Setelah gaul sebati dan tuang ke dalam acuan yang telah dilapik dengan kertas iuntuk membakar kek..
6-      Tutup acuan dengan aluminium foil supaya wap tidak masuk ketika mengukus. Kukus kek selama 45-60 minit dengan api yang perlahan.
7-      Keluarkan kek dari kukusan dan biarkan sejuk
8-      Kalau suka letaklah toping choclat masakkan.

Sunday, June 24

Sup Fish Ball

Saya akan masak soup mcm ini aja kalau demam. Mudah dan cepat. Makan dengan nasi panas. Adalah selera sikit kan. Saya akan makan dengan hirisan cili melaka. Baru terasa pedas sikit.



20 Biji Fish Ball (Saya suka isi putih)
Brokoli
Carrot
Baby Corn
Bunga Kubis
Semua sayur ni, potong lah ikut suka ye.


Bahan Tumis
2 Biji Bawang kecil
2 Biji bawang putih
(Ditumbuk sedikit)


Tumis bahan tumbuk tadi. Bila dah agak kekuningan masukkan 2 cawan air. Biarkan mendidih sedikit kemudian masukkan fish ball yang telah dibasuh. Biarkan 2 minit kemudian masukkan semua sayur biarkan lagi 2 minit. Saya lebih suka sayur tu masih dalam keadaan rapuh, so saya rebus sayur tu sekejap sahaja.
Tp ikutlah kalau anda suka masak sayur lebih layu, biarkan sayur mendidih lama sikit.

Thursday, June 14

Choc For Kids

My daughter effort...

I never thought of selling those chocolate to anyone.. sebab tu cuma permulaan. It is just a plain choc... no almond filling or special in the choc.

Yesterday, bila aku sampai rumah dia cakap.. " Mama, Kawan Lidiya nak order choc yang mama buat tu" Bila ditanya dia macam mana kawan dia tau aku buat chocolate tu, dia kata dia bawa p sekolah and when they ask she saaid "Kalau nak, kami jual satu seringgit" Heheh... Kawan dia pun place order...


1st Day dia dapat 5 order

Tadi dia bgtau lagi.... ada lag1 8 order.

Dia balik dari class tuisyen pun kawan dia mai rumah beli lagi kat rumah 3 biji...
Pandai anak aku buat sale...

Xsampai hati n jual seringgit kat budak2 tu.. jd aku cakap... bg murah sikit... so x la budak2 tu rasa susah nk cari  duit nnt. Maybe diorang nnt order lagi.. kan best... Ngeee...


Tuesday, June 12

Pajeri turun temurun



Ini adalah resepi yg diperturunkan oleh arwah tok saya. Ingat lagi dulu masa kecil-kecil, setiap kali ada majlis keramaian dikampung, saya akan duduk turut serta tok aku dengan orang tua-tua di dapur a.k.a tukang masak kampung. Saya akan melihat cara mereka masak. Dan saya memang suka masakkan pajeri yang tok saya sediakan. Sehinggalah aku berkahwin aku masih lagi gemarkan pajeri tok aku tu. Dia pernah kata.. "Meh sini aku nak ajaq hang mcmana nak buat pajeri yang hang suka tu. Hais!!  sampai bila hang nak reti buat sendiri kalau asyik amik bungkus bawak balik... " Aku sengeh saja.
Sekarang ni tok aku pun dah tak ada. Banyak masakkan yang aku teringin sangat nak belajar dari dia. Tapi memang tak sempat sebab aku terlalu busy dengan kerja.. Jadi, kalau nak try resepi ni, cuba lah yew.

Well.. maybe rasa tak sesedap yang saya rasa air tangan tok saya, tapi sekurang2nya.. saya ada sesuatu yang boleh di share ngan u all kan...

1 biji Nenas (siap di buang kulit)

Bahan kisar
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inchi halia


Bahan menumis
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1/2 inchi halia
1 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelanga
2 inchi kulit kayu manis

 Bahan-bahan lain
1 pkt rempah daging
1 pkt kecil kerisik
Santan 1 cawan
3 cawan air
Gula & Garam
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak dalam satu periuk. Masukkan hirisan bahan menumis

Apabila bawang sudah agak kekuningan, masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau.

Masukkan rempah yang telah dibancuh dengan rempah daging & kerisik.
Tumis biar dalam 3 minit. Jgn lupa... perlahankan api ye. Takut nanti terhangit pulak.

Masukkan santan dan biar agak pecah minyak, masukkan air. Masukkan juga nenas. Kalau air 3 cawan tu tak cukup, tambah lagi air sampai nenas tenggelam. 

Masukkan garam dan gula secukup rasa.
(Saya kebih suka pajeri manis, jadi saya akan lebihkan gula)

Biarkan campuran tu mendidih atas api yang perlahan dan kuah menjadi agak pekat.

Jika gulai sudah agak pekat, tetapi nenas tak cukup lembut, tambah lagi sedikit air, biarkan lagi kering dah ulang jika perlu.

Note:
Nak mendapatkan kepekatan kari tu, mengambil masa agak lama. sebab kari tu mesti di biarkan atas api yang perlahan. Kalau api kuat nnt kalau terhangit dibawah, satu peruik pajeri aka terasa hangit.

Kalau nk beli nenas tu, biarlah beli nenas yg sedikit masak. Kalu beli nenas muda.. nnt lagi lama nk tunggu nenas tu empuk. Selamat mencuba ya.


Monday, June 11

Home mix Spaghetti


1 Pkt spaghetti


Bahan Sos
1 botol prego sauce ( Traditional )
Mince beef/chicken
Sausage (hiris nipis)
1/2 bottle Cili sos
1/2 bottle Tomato sos
1tin button Mushroom (dihiris nipis)
Biji Lada hitam (ditumbuk halus) ikut pedas
2 biji Bell pepper merah & hijau (hiris nipis)



Bahan Tumis
1 biji bawang besar (Dice)
2 ulas bawang putih (Dice)
Sedikit Minyak


Cara membuat sos
1- Tumis bahan tumis.
2- Masukkan mince beef yang telah dibasuh bersih. Gaul rata dan biarkan selama berberapa minit.
3- Masukkan sos prego, sos tomato, sos cili dan sedikit air.
4- Kacau rata dan biarkan ia mendidih.
5- Letakkan garam gula secukup rasa.
6- Masukkan bellpepper, sosej, mushroom dan lada hitam yang ditumbuk halus tadi.
7- Biarkan mendidih buat berberapa minit.
8- Pastikan api dipasang perlahan.

Merebus spaghetti
Didihkan air dalam satu periuk. Masukkan spaghetti dan biarkan selama 8-10 min. Setelah ia lembut, toskan dia tuangkan sedikit minyak zaitun agar spagethi itu tidak melekat.









Friday, June 8

Homemade Chocolate

Begitu senang buat chocolate ni rupanya... Cuma Double boiled Compound chocolate then masukkan lah dalam acuan betuk yg kita suka

Saja la  cuba2 kan.. manatau boleh buat business.. heheh :p


Ni baru first time buat.. agak teragak2 nk masukkan filling kacang atau apa dalam acuan tu tadi. Insyaallah.. lagi sekali akan buat dengan ada filling sekali.
:D

Monday, June 4

Creamy Chocolate Puding Layer Cake

Resepi ni dapat dari majalah enak... nampak memang sedap. Jd try la buat. Malangnya... lapis x berapa jd. :(
Walaupun lapis tak jadi, reason saya share resepi ni sebab... rasanya... memang sedap... sedap sangat. Anak n hubby sekali sental habis setengak loyang tu. Memang sedap, creamy n cukup la rasa dia. 

Cuba lah yew. 



1 pc ready made cake
Kek Batik pun boleh, Butter cake pun boleh.

Bahan A
800ml susu Cair
40 gm serbuk koko
70 gm gula pasir
2 bungkus serbuk agar (1pkt 7gm)
150 gm coklat masak (dipotong)

Bahan B
4 biji telur putih
1/4 sudu teh garam
100 gm gula pasir


Bahan A
  • Rebus susu cair, serbuk koko, gula dan serbuk agar2 sambil kacau sampai mendidih
  • Masukkan coklat masakkandan kacau rata. Biarkan suam sedikit

Bahan B
  • Dlm bekas lain, pukul putih telur sampai kembang, masukkan gula sedikit demi sedikit pukul lg biar kembang lg
  • Masukkan rebusan susu td sedikit demi sedikit dan pukul pelahan
  • Tuangkan setengah campuran dalam loyang, biarkan setengah beku
  • Kemudian lapiskan dengan kek
  • Tuangkan lebihan puding dilapisan atas sekali.
Layer x berapa jd... tp nnt nk buat lg .. sampai jd cantik


Sunday, June 3

Nasi Goreng Keluargaku

Nama Nasi goreng ni saja la letak mcm tu.. sebab nasi goreng ni memang menjadi kegemaran keluarga aku. Lunch kew, B'fast kew, Dinner kew... kalau ada nasi goreng ni... 3 cawan nasi habis di kerjakan anak2 n suami aku... Bila saya caka jew nk buat nasi goreng... diorang nnt cakap "Mama, buat nasi goreng putih tu na" heeheh.. diorang x minat dah nasi goreng yang bercili kering tu..


Bahan
3 mangkuk nasi atau 3 cawan beras (kalau x ade nasi lebihan semalam)
3 pokok sayur kangkung
1 biji bawang besar (dihiris)

Bahan ditumbuk
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm Belacan
5 biji cili api
Sedikit garam
Minyak untuk menumis

3 Biji telur ( dimasak macam sramble egg )
satu mangkuk ikan bilis (digoreng)

Cara-caranya
Panaskan minyak. Tumiskan hrisan bawang besar dahulu. apabila bawang agak layu, kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk.
Setelah bau sudah naik, masukkan kangkung dan sedikit air. Biarkan sampai kangkung sedikit layu.
Kemudian masukkan nasi yang telah digaul dengan garam. Kaup balikkan nasi tu sehingga semua bahan tumis sebati dengan nasi.

Kalau kawan2 nak pecah kan telur dalam nasi tu pun ok. Tapi saya mehukan rasa telur tu, kalau pecah terus masukkan dalam nasi, rasa telur tu agak kurang. Jadi cara saya....
Saya pecahkan telur, pukul sedikit dengan garam kemudian masukkan dlam kuali panas yang ada sedikit minyak. Kacau sampai telus tu masan]k. Ala... mcm sramble egg tu.
Ikan bilis pulak setengah orang suka tumbuk sekali dengan bawang n blacan td, tp saya dan family lebih suka akan ikan bilis goreng. Jd saya goreng berasingan ikan bilis tu, saya cuma tabur saja atas nasi td.

Gambar x berapa menarik... camera buat hal plak.. heheh...

Cubalah nasi goreng ni. Buat dia sekejap saja... Makan panas2 sedap tau...

Friday, May 25

Ala Minit Spiral Goreng

Hari ni breakfast tak tau nk masak apa. Dan begitu malas tuk keluar beli breakfast. Tp still kena masak kan? :p So saya selongkar dalam peti ais. Melihat apa yang ada. Saya Nampak Spiral.... Hurm!! Pikir punya pikir... Ting!!!!


4 Cawan Spiral
Bahan Ditumbuk
5 biji bawang merah
2 Biji Bawang Putih
2 Biji cili api (kalau nk pedas lg tambah lagi 2 biji cili)
2 camca rempah Daging
Carrot dihiris nipis
1 biji cili hijau, potong nipis
Minyak
Cara Memasaknya
  • Rebuskan Spiral selama 3 minit (Jangan lembut sangat nnt hancur). Kemudian toskan.
  • Panaskan minyak, tumis bahan yang telah ditumbuk td kecuali rempah daging.
  • Tumis sehingga bau naik, kemudian masukkan  rempah dan biarkan lagi 2 minit. Perlahankan api ye.
  • Kemudian masukkan Carrot yang telah dihiris nipis.
  • Setelah carrot agak lembut, masukkan spiral tadi
  • Kemudian gaul sampai rata.
  • Akhir sekali masukkan hirisan cili hijau.
  • Masukkan garam secukup rasa.
  • Hidang makan panas2 sedap.

Tuesday, May 15

Ayam Kicap Berempah Cili Padi

1/2 ekor ayam (digoreng sedikit) bersama 1 camca kecil serbuk Kunyit

Bahan kisar
1 biji Bawang besar
1 inci halia
3 biji bawang putih
2 biji cili api
4 camca rempah daging
5 camca kicap pekat
2 cawan air

Lain2 bahan
Kentang dipotong wedges (digoreng berasingan setengah masak)
1 biji bawang besar dihiris nipis
1/2 biji lobak merah dipotong serong
Daun bawang & Daun sup
5 biji cili api di ketuk sedikit
Garam dan gula

Cara masakan
  • Ayam yang telah dibersihkan di gaulkan dengan sedikit kunyit. Kemudian goreng sedikit.
  • Tumis bahan kisar sehingga naik sedikit bau. Tambah air sedikit.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa
  • Masukkan carot dan biarkan berberapa minit
  • Masukkan kentang. Dan biarkan berberapa minit lagi agar kuah sedikit pekat.
  • Setelah ubi dan lobak agak lembut, akhir sekali masukkan bawang, daun bawang daun sup dan cili api.
  • Biarkan sekejap agar bawang tidak terlalu layu.

Wednesday, May 2

Asam Pedas Tumis

Ada cerita sebalik resepi.. Apapun tq to my Mum.. sebab bg resepi ni dan 2 kali buat dah dapat rasa seperti "kawan" tu buat...

Biarlah cerita itu menjadi ingatan setiap kali buat asam pedas tumis ni...

1 potong ikan pari (Ikut suka nk letak ikan apapun, Ikan isi pun sedap )
3 biji Bendi

Bahan Menumis
10 tangkai cili kering
1 inci halia
2 biji bawang putih

1 kuntum bunga kantan
1 batang serai
Daun kesum
Perahan air asam jawa
Garam
Sedikit minyak untuk menumis
3 cawan air

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dalam periuk. Setelah minyak cukup panas, masukkan bahan yg telah dikisar tadi.
  • Kacau sehingga baunya naik dan agak kekuningan, masukkan air.
  • Biarkan mendidih sedikit, masukkan ikan yang telah dbiersihkan tadi.
  • Masukkan juga bunga kantan yg telah dibelah dua. Masukkan juga daun kesum dan serai.
  • Biarkan selama 10 minit diatas api perlahan.
  • Setelah isi ikan nampak agak lembut, masukkan bendi.Biar lagi selama 2 minit.
  • Masukkan air asam. Air asam ni ikut la kan tahap kemasaman yg kita mahu :D
  • Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa. Biar selama 2 minit lagi, kemudian boleh lah dihidangkan dengan nasi panas-panas.

Friday, April 20

Apom Polkadot


3 biji telur (sejuk)
275gm tepung gandum
220gm gula halus
150ml susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh Ovallet
1 sudu teh esen vanilla
Jem ikut citarasa masing2
  1. Pukul telur sampai kembang, masukkan esen
  2. Masukkan gula n ovellet n pukul lagi
  3. Masukkan susu n tepung selang seli
  4. Pukul lagi sampai kembang.
  5. Asingkan adunan dalam berberapa bekas untuk di warnakan.
  6. Panaskan bekas kukus anda.
  7. Paper cup dimasukkan dalam bekas acuan lompang (kalau pakai loyang untuk cup cake pun ok)
  8. Masukkankan setengah adunan setengah paper cup. Masukkan pula sedikit jem. Kemudian penuhkan papercup tadi.
  9. Kemudian pipingkan dot-dot.
  10. Setelah selesai masukkan adunan dalam cupcake, masukkan semua cupcake kedalam loyang kukus dan kukus selama 10 minit. 

Note:
  • Anda boleh masukkan adunan yang telah siap diwarnakan td dalam piping bag agar senang untuk anda masukkan adunan dalam papercup yg cut-cute tu.
  • Untuk buat dot2 tu, saya masukkan adunan dalam bag plastic yg org selalu bungkus makanan, kemudian potong bucu plastic sikit saja, agar nnt dot2 tu tak jd besar sangat semasa proses penitikkan.
  • Nasihat saya, biarlah warna adunan untuk dot2 tu sahaja lebih terang. Kalau tidak warna tak naik selepas kukus.

Saturday, February 4

Ikan masak stim

Bahan-bahan
1 ekor ikan merah (ikan siakap/kerapu atau ikan bawal putih pun ok)
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh tepung jagung
1/2 camca teh lada sulah
Bahan untuk dikisar
3 camca besar jus limau kasturi
1 1/2 camca besar minyak masak
1 1/2 camca teh gula
1/2 camca teh garam
5 – 10 biji cili padi, dihiris
2 batang serai, dihiris halus
1/2 kuntum bunga kantan, dihiris
1 helai daun limau purut, dihiris halus
1/2 inci halia muda. dihiris halus
2 ulas bawang putih, dihiris halus

Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah
Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkanbahan yg telah dikisar rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya.
Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan.

Wednesday, February 1

Agar-Agar Coklat

25gm serbuk Agar-agar
1 tin susu cair
1 cawan serbuk coklat
½ cawan milo
¾ cawan gula
1 biji telur
2 liter air


Cara-caranya

·         Rebuskan air sehingga mendidih. Masukkan serbuk agar-agar sehingga larut dan sebati.
·         Masukkan serbuk coklat kacau sehingga semua larut. Kemudian masukkan serbuk coklat dan kacau lagi sehingga larutan sebati.
·         Masukkan pula gula.
·         Dalam mangkuk berasingan, pukul telur dan masukkan kedalam periuk agar-agar tadi.
·         Kacau dan biarkan selama berberapa minit tuangkan kedalam loyang atau dalam acuan yg beraneka bentuk
·         Masukkan kedalam peti sejuk dan dan boleh dihidangkan 2 jam kemudian




Mee Udang

Bahan-bahan
1kg mee kuning
300 gm udang saiz L
4 sb lada boh/lada giling

Bahan untuk dikisar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sb udang kering
1/2 inci halia




3 sb sos tomato
1 sb sos cili
Kentang yg tlh direbus n di lenyek (utk pekatkan kuah)
Gula & garam  

Bahan untuk Hiasan
Tauhu (Digoreng)
Taugeh n sawi
Daun bawang n bawang goreng

Cara-cara
·         Rebus udang hingga masak. Tapis keluar udang dan asingkan. Air rebusan jangan dibuang.
·         Tumis lada boh hingga garing. Tumis bahan yang telah dikisar hingga betul garing dan naik bau.
·         Masukkan air rebusan udang. Biarkan kuah mendidih. Masukkan sos tomato. Renehkan kuah.
·         Masukkan garam dan gula (bergantung pada citarasa masing-masing). Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama. Lagi lama lagi sedap.
·         Letak kentang yang telah dilenyek untuk memekatkan kuah.
·         Celur mee, taugeh dan sawi. Masukkan udang yang telah direbus tadi. Tuang kuah dan taburlah dengan daun bawang dan bawang goreng