Monday, August 22

Black Pepper Grill Chicken Chop




Bahan untuk perap ayam
6 ketul ayam
(saya selalu amik bahagian keel dia dan siat-siatkan sikit isinya agar bila masak nanti dia tidak akan mentah didalam.)
2 camca besar serbuk lada hitam
1 camca besar kicap pekat
2 camca besar jus limau nipis
Sedikit garam
(Perap lebih kurang 4 jam)

Bahan untuk menggril Ayam
Minyak masak (untuk dipercik)
Grill ayam selama 15 min (atau ikut tahap masak ayam)

(Kepada sesiapa yg memilih untuk menggoreng ayam tersebut pun boleh juga)
Bahan untuk menggoreng
Minyak masak
Telur
Tepung menggoreng ayam
Ayam yang diperap tadi dicelupkan kedalam telur, kemudian celup pula kedalam tepung. Masukkan kedalam minyak yang telah panas. Goreng sehingga kekuningan.

Bahan sos (dikisar halus)1 tin besar bakedbean
3 camca besar black pepper sos
2 camca kecil Kicap pekat
2 tbsp Worcestershire sauce/ ( Lea & Perrins)
1 camca kecil serbuk lada hitam (ready made)
1 camca besar lada hitam yang tumbuk (kalau suka pedas & nak terasa lada nye )
1 1/2 cawan air
1 biji bawang besar (Dipotong Dadu)
3 camca minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Semua bahan sos tu dicampur sekali, kemudian dikisar. Kecuali lada hitam yg ditumbuk. Panaskan minyak, tumis bawang yang telah dipotong. Selepas agak kekuningan, masukkan semua bahan yang telah dikisar tadi. Biarkan dia mendidih buat seketika, kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa. (Bolehlah tambah lada yang telah ditumbuk tadi jika mahu lebih rasa kepedasan nya)

Kemudian hidangkan bersama ayam yang telah di grill tadi. Bolehlah letakkan side dish dia bersama Coleslow, tomato, Timun, french fries dan juga bakedbean. Tuangkan sos tadi keatas ayam yang telah digrill tadi. 




Monday, August 15

Sayur Campur Sos Tiram


Bahan-Bahan
6 biji Baby Corn (Dibelah dua memanjang)
1 pokok Brokoli
3 pokok Sawi Kecil (boleh ganti ngan kailan kalau suka)
1 Batang Carrot (Kecil) Slice atau potong nipis
4 ulas Bawang Merah (Dihiris)
2 Ulas Bawang Putih (Dihiris)
Cili Merah ( Hiasan )
3 camca besar Sos Tiram
1 camca teh Tepung Jagung (Dibancung dengan sedikit air)
Sedikit minyak untuk menumis
Cara2
  • Tumis bawang putih n bawang merah
  • Masukkan Carrot, masak selama 2-3 minit.
  • Kemudian masukkan baby corn, broccoli
  •  Akhir sekali masukkan sawi. Biarkan dua minit.
  • Kemudian masukkan sostiram dan tepung jagung yang telah dibancuh tadi
  • Masukkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih seketika kemudian angkat dan boleh dihidangkan.
Note: Sayur masak jangan lah layu sangat. Cara menyediakannya amat senang dan cepat. Sedap dimakan panas-panas.

Wednesday, August 10

Devil Curry


Bahan A
Bahan kisar. (Campur cikit ngan minyak yew)
30 Biji bawang Merah
30 Tangkai Cili Kering
2 ½ camca besar serbuk kunyit
1 inch lengkuas
2 Batang serai
1 teaspoon biji sawi ( direndam 5 min )

Bahan B
2 biji bawang besar
2 inch halia
5 biji garlic
2 biji cili merah (di potong menanjang )

Bahan C
½ ekor ayam ( potong kecil)
4 biji kentang ( dipotong empat )
4 camca besar gula
2 tsp kicap cair
100 ml cuka (campur sikit demi sedikit, sampai ikut rasa kita... nk masam atau xnak masam sangat)
Garam
500ml air

Cara-Cara
Panas minyak… tumiskan bahan A sampai pecah minyak. Masukkan ayam, kacau rata, kemudian kentang. Biar selama 5 minit. Kemudian masukkan semua bahan C. Tambah gula n garam ikut sesedap rasa. Biarkan ia mendidih sampai kuah menjadi agak kering.
Bahan B di tumis asing sehingga sedikit layu ye.. kemudian masukkan dalam ayam td yg sedikit kering. And… siaaaap.. Jgn lupa tutup api dapur ya…






Tuesday, August 9

Me and My Kitchen


As a woman, you spend so much time either cooking or getting ready to go somewhere. How about you...
I love cooking but I'm not a chef... I love to writing but I am not a professional writer... Well this is me... I love my kitchen and this is where my love begin..


Everythings taste better when you cooked with love, it represents what’s dear to my heart.
Insyaallah... bahagia keluarga kita, penuh kasih sayang.


Humble kitchen... Nama pun Humble kan.. tak ade apa2 yang istimewa dalam resepi saya ni. Semua koleksi resepi saya mencuba, dan resepi dari pelbagai source lah.. Koleksi resepi turun temurun, masakan harian dirumah saya, resepi dari majalah, resepi dari kawan-kawan dan juga resepi-resepi dari website.

Jd.. please make yourself comfortable melawat rumah saya ya...

Nasi Kerabu


Bahan A ( Nasi )
Beras ( Ikut banyak mana nk makan la ek)
3-4 kuntum Bunga Morning Glory (nnt tgk rupa morning glory tu ek.. ada kat bawah tu)
- Masak Nasi macam biasa. Masukkan bunga sekaliya. Kalau nk wangi sikit, boleh letak daun limau purut dalam 2 ke 3 keping

Bahan B (Kelapa)
1/2 biji kelapa parut
4 ekor ikan curut atau ikan kayu (ambil isi dihancurkan)
- Rebus Ikan yg telah dibersihkan (macam masak ikan untuk buat laksa)
- Ambil isi sahaja dan hancurkan (jangan sampai halus, nnt tak rasa ikan dalam kelapa tu)
- Goreng kelapa (mcm nak buat kerisik tu kan) setelah agak kekuningan masukkan ikan tadi.
- Masukkan ikan tadi, dan goreng lagi dalam 3 ke 4 min.

Bahan C (Kerabu)
Daun Kesum - Dipotong halus
Taugeh
Kubis - Dihiris nipis
Kacang panjang - Dipotong halus
Ulam Raja - Dihiris Nipis
Bunga Kantan - Dihiris nipis
(Semua bahan diatas ikut ulam pa kita nk campurkan, nk letak selom pun boleh, nak letak daun pegaga pun boleh)

Bahan D (Sambal Lemak)
1/2 biji pati santan
Cili merah (dikisar halus)
2 keping Asam Kering
1 batang Serai
Sedikit air
- Panaskan periuk, semua bahan diatas. Biarkan panas, tapi selalu kacau sbb tak nak dia pecah santan.

Bahan E (Sambal Cili Api )
Segenggam Cili Api ( Dikisar dengan air )

Budu campurkan dengan sedikit perahan limau..

Untuk Lauk....
Ikut suka kita. Saya lebik suka buat nasi ni dengan ayam goreng berempah atau Ikan goreng tepung... Lagi sesuai kalau dimakan dengan keropok ikan... Cubalah yew..

Agar-Agar Santan Gula Melaka


Bahan
3 pkt agar-agar (1pkt 7gm)
1 liter air
400ml santan pekat
1 cwn gula melaka (gula merah pun tak pa)
1/4 cwn gula
1 biji telur
1 helai daun pandan
Cara-cara
  • Masak agar-agar bersama air dan daun pandan.
  • Bila agar-agar dah hancur masukkan gula dan gula melaka.
  • Didalam bekas berasingan, masukkan santan, telur, kacau dgn garpu hingga sebati.
  • Tapis campuran santan ke dalam sebuah periuk berasingan.
  • Tapiskan pula campuran agar-agar ke dalam periuk santan tadi.
  • Masak hingga mendidih, kacau perlahan-lahan..
  • Masuk ke dalam acuan dan sejukkan

Spaghetti Prawn Olio


1pkt spaghetti (di rebus)
4 tbsp olive oil
2 biji bawang putih di potong dadu halus halus
10 ekor udang
1/4 biji capsicum (merah, hijau, kuning) – di hiris memanjang
1 batang celery – di potong nipis 
Garam secukup rasa
sedikit lemon juice – about 2-3 tsp
chilie flakes (ditabur)
2 Biji Limau Nipis.. ambil juice nya..

Cara cara 
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi
Kemudian masukkan udang, kacau sekejap then masukkan lemon juice
Kacau rata, kemudian masukkan capsicum dan celery serta spaghetti tadi
Masukkan garam secukup rasa dan gaul biar rata.
Masukkan dalam pinggan dan taburkan dengan chilie flakes tadi…
Kalau sesiapa penggemar pedas.. bolehla masukkan chili falkes tu lebih lagi...