Thursday, December 22

Puding Jagung

I pkt agar-agar kering
1 tin susu cair
1 tin jagung
4 camca tepung kastad
1/2 cawan gula
2 cawan air

Cara memasaknya

  1. Rebuskan agar-agar yg telah dibasuh tadi bersama air.
  2. Setelah agar-agar hancur, masukkan gula dan dikacau lagi sampai semua cair dan sebati.
  3. Masukkan jagung tin tadi dan biarkan selama berberapa minit.
  4. Masukkan tepung kastad yang telah dibancuh asing dengan sedikit air. Dan kacau diatas api perlahan.
  5. Kacau sehingga cecair menjadi agak pekat dan adunan melekat di senduk.
  6. Setelah agak betul pekat, masukkan dalam loyang
  7. Masukkan dalam peti ais, dan biarkan ia sejuk selma berberapa jam.
  8. Kemudian baru boleh dipotong makan sejuk2..... :D




Sunday, December 11

Masam Manis Ikan Bawal

Bahan-Bahan
2 ekor Ikan Bawal (Dibersihkan dan digoreng dengan Garam Kunyit)

Bahan A - Kisar
3 Biji Bawang Besar
2 Biji Bawang putih

Bahan B
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan cili sos
1camca besar kicap pekat
1 cawan air
(Campurkan semua sos gaul rata)
Garam dan gula secukup rasa

Hiasan
Bell pepper
1 biji bawang besar (dihiris)
Lobak merah ( Potong strip atau potong dadu)
Nak lagi senang beli mix vege :)

Cara memasak
Tumis bahan yang telah dikisar tadi. Biarkan sehingga naik bau. Kemudian masukkan campuran bahan B. Biarkan mendidih dan kuah menjadi agak pekat. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukan bahan hiasan biarkan selama berberapa minit dan angkat kuah tuangkan keatas ikan yang telah digoreng tadi.

Thursday, November 10

Sambal Tumis Sardin Kentang

Masakkan sardin ni mb ramai yang x suka, tetapi kalau dia olah sikit, nampak menarik. Inilah makanan kegemaran anak2 saya. Makan bersama nasi panas2.





Bahan-bahannya

Bahan Kisar
10 tangkai Cili kering
1/2 cm Belacan
1 biji bawang besar

Bahan menumis
1 Tin Besar Sardin (Tos kan ikan dan asingkan sos)
1 biji bawang besar (Dihiris)
1 ulas bawang putih (Dihiris)
1 atau 2 biji kentang dipotong wedges
Sebiji cili hijau
Sedikit air asam jawa Sedikit air
Garam n gula secukup rasa

Cara memasak.
Panaskan minyak. Tumis Bawang yang telah dihiris tadi, bila agak layu, masukkan bahan kisar. Masukkan sos dari tin sardin tadi, dan masukkan air. Masukkan juga kentang yg telah dipotong wedges tadi. Diatas api perlahan, biar sambal ditumis sehingga menjadi agak pekat dan kentang agak lembut. Masukkan gula, garam dan perahan air asam jawa. Setelah secukup rasa, masukkan Ikan Sardin.Biarkan lagi selam 15 minit atau ikan agak sudah masak, masukkan hirisan cili hijau. Juga boleh masukkan hirisan bawang besar jika suka bawang yang agak tidak layu dimasak. Biarkan selama lima minit.. boleh la dihidangkan padas2.

Note: Sesetengah org, memasak sardin ni diorang suka goreng dulu. Boleh goreng dulu sebelum masukkan kedalam sambal td.








Sunday, October 30

Mix Fruit Triffle


4 atau 5 slice Chocolate roll cake (Tebal 3cm)
1 can Mix Fruit

Adunan untuk Jelly
90g Ready mix Jelly (Perisa strawberry)
(Masak jelly ikut instruction di kotak)

Adunan untuk kastard
2 kotak kecil Fresh Milk
2 tsp gula
3 tbs Tepung kastard
1 buju kuning telur
1 camca teh esen vanila
1 tbs butter
Masukkan susu, kemudian tepung kastard. Masukkan kuning telur dan esen sekali. Kacau atas api pelahan. Mesti selalu kacau untuk elakkan ketulan. setelah adunan agak sedikit pekat, masukkan butter and kacau lagi. Kemudian boleh angkat dari api tadi.

Cara-cara
  1. Aturkan potongan kek didalam bekas kaca bulat berukuran  9' x 9'
  2. Masukkan adunan kastard diatas potongan kek.
  3. Masukkan lapisan mix fruit
  4. Akhir tuangkan adunan jely yg telah dimasak.
  5. Masukkan dalam peti sejuk dan sedap dihidang semasa musim panas.






Wednesday, September 28

Nasi Ayam Hainan


Ayam Goreng Hainan

8 Ketul ayam
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan kicap masin
3/4 cawan kicap pekat
2 biji cili api (ditumbuk)
(perap)

Bahan Menggoreng
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

  1. Campurkan ayam dengan semua bahan diatas. Kacau sebati dan perapkan selama 20minit
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang bersama, halia, bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan goreng sehingga ayam garing. Kemudian toskan ayam tersebut

Bahan Nasi Hainan

1inci halia
6 ulas bawang putih
(Dikisar)
2 pot beras
1 helai daun pandan
Air stock ayam secukupnya

Cara2nya
  1. Tumis halia dan bawang putih yang telah dikisar tadi. Dan masukkan stock ayam
  2. Masukkan beras yang telah dicuci bersih, gaeam secukup rasa dan daun pandan.
  3. Biar ia masak seperti biasa lah yew. :)

Homemade Pizza


Untuk Doh
3 Cawan Tepung Gandum
10gm Yeast
2 camca minyak masak
Sedikit garam
2 Cawan air

Cara2

  1. Campurkan yeast bersama air, minyak dan garam, kacau sehingga semua larut
  2. Masukkan tepung gandum dan uli sampai doh tu lembut.
  3. Biarkan selama 20 minit sambil bekas ditutup dengan tuala lembab.

Untuk sosnya

Setelah doh naik, ambil segenggam doh, ratakan atas tudung periuk yg telah disapkan dengan sedikit minyak.
Saya lebih suka sos simple saja. Saya beli sos prego, perasa traditional. Kemudian saya sapukan atas doh yg telah dicanaikan tadi. Ikut banyak mas\na sos yg kita nak.
Kemudian taburlah perencah-perencah ikut kegemaran kita. Saya lebih suka letak hirisan nenas cocktail, bell pepper, sausage, isi ketam dan cendawan.
Akhir sekali letakkan Mozarella cheese on top dia. Lagi banyak cheese lg sedap :)
Taburkan sedikit Oregano atas pizza td sebelum dibakar.
Bakar dalam oven suhu 200 selama 15 minit. Siap..... :p

Adunan ni boleh menjadikan 5 biji pizza bersaiz 7 inch.,








Monday, September 19

Mee Cendawan


Bahan-bahannya
1 Kilo Mee Kuning
10 kuntum cendawan kering (Shiitake)
Rendam cendawan tu bg lembut tau
1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 cawan Oyster sos
1 camca besar serbuk lada
1 camca besar serbuk lada (lada tumbuk)
(lada ni ikut rasa yew)
2 litre air
1 cawan campuran air tepung jagung
Garam secukup rasa
Sawi untuk dijadikan toping

Cara memasak
  1. Tumis bawang. Masukkan air biar mendidih dan masukkan oyster sos dan serbuk lada.
  2. Masukkan ayam. Biar ayam sedikit empok. Masukkan cendawan yg telah dipotong empat. Setelah semua dah nampak agak lembut. Masukkan campuran air tepung jagung. Biarkan mendidih seketika. Masukkan garam secukup rasa.
  3. Dalam periuk lain, rebus sawi pendek tu dalam satu minit. Masukkan mee yg telah dicelur dalam pinggan. Letakkan sawi rebus on top, kemudian masukkan sup td. Pas tu nk letak garnish lain pun boleh, mcm tomato slice ka, bawang goreng ka. And kalau rasa xcukup  pedas ngan rasa lada tu, boleh la letakkan hirisan cili api...
(Pekatnya sup tu, ikut citarasa masing2 ye. tp x nak la pekat sangat tau)