Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Monday, July 2

Kek Kukus Coklat



Bahan-bahan kek

3/4 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan sedikit Milo (saya saja tambah)
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur

Cara-cara

1-      Campurkan gula pasir, serbuk koko dan Milo, minyak masak, susu cair dan susu manis ke dalam periuk. Masak sebentar di atas api yang perlahan sehingga semua bahan larut.
2-      Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.
3-      Dalam bekas berasingan, pukul telur sampai kembang,
4-      Masukkan telur yang dipukul tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan koko tadi.Sambil tuang telur tu sambil kacau ye.
5-      Setelah gaul sebati dan tuang ke dalam acuan yang telah dilapik dengan kertas iuntuk membakar kek..
6-      Tutup acuan dengan aluminium foil supaya wap tidak masuk ketika mengukus. Kukus kek selama 45-60 minit dengan api yang perlahan.
7-      Keluarkan kek dari kukusan dan biarkan sejuk
8-      Kalau suka letaklah toping choclat masakkan.

Monday, June 4

Creamy Chocolate Puding Layer Cake

Resepi ni dapat dari majalah enak... nampak memang sedap. Jd try la buat. Malangnya... lapis x berapa jd. :(
Walaupun lapis tak jadi, reason saya share resepi ni sebab... rasanya... memang sedap... sedap sangat. Anak n hubby sekali sental habis setengak loyang tu. Memang sedap, creamy n cukup la rasa dia. 

Cuba lah yew. 



1 pc ready made cake
Kek Batik pun boleh, Butter cake pun boleh.

Bahan A
800ml susu Cair
40 gm serbuk koko
70 gm gula pasir
2 bungkus serbuk agar (1pkt 7gm)
150 gm coklat masak (dipotong)

Bahan B
4 biji telur putih
1/4 sudu teh garam
100 gm gula pasir


Bahan A
  • Rebus susu cair, serbuk koko, gula dan serbuk agar2 sambil kacau sampai mendidih
  • Masukkan coklat masakkandan kacau rata. Biarkan suam sedikit

Bahan B
  • Dlm bekas lain, pukul putih telur sampai kembang, masukkan gula sedikit demi sedikit pukul lg biar kembang lg
  • Masukkan rebusan susu td sedikit demi sedikit dan pukul pelahan
  • Tuangkan setengah campuran dalam loyang, biarkan setengah beku
  • Kemudian lapiskan dengan kek
  • Tuangkan lebihan puding dilapisan atas sekali.
Layer x berapa jd... tp nnt nk buat lg .. sampai jd cantik


Wednesday, February 1

Agar-Agar Coklat

25gm serbuk Agar-agar
1 tin susu cair
1 cawan serbuk coklat
½ cawan milo
¾ cawan gula
1 biji telur
2 liter air


Cara-caranya

·         Rebuskan air sehingga mendidih. Masukkan serbuk agar-agar sehingga larut dan sebati.
·         Masukkan serbuk coklat kacau sehingga semua larut. Kemudian masukkan serbuk coklat dan kacau lagi sehingga larutan sebati.
·         Masukkan pula gula.
·         Dalam mangkuk berasingan, pukul telur dan masukkan kedalam periuk agar-agar tadi.
·         Kacau dan biarkan selama berberapa minit tuangkan kedalam loyang atau dalam acuan yg beraneka bentuk
·         Masukkan kedalam peti sejuk dan dan boleh dihidangkan 2 jam kemudian




Thursday, December 22

Puding Jagung

I pkt agar-agar kering
1 tin susu cair
1 tin jagung
4 camca tepung kastad
1/2 cawan gula
2 cawan air

Cara memasaknya

  1. Rebuskan agar-agar yg telah dibasuh tadi bersama air.
  2. Setelah agar-agar hancur, masukkan gula dan dikacau lagi sampai semua cair dan sebati.
  3. Masukkan jagung tin tadi dan biarkan selama berberapa minit.
  4. Masukkan tepung kastad yang telah dibancuh asing dengan sedikit air. Dan kacau diatas api perlahan.
  5. Kacau sehingga cecair menjadi agak pekat dan adunan melekat di senduk.
  6. Setelah agak betul pekat, masukkan dalam loyang
  7. Masukkan dalam peti ais, dan biarkan ia sejuk selma berberapa jam.
  8. Kemudian baru boleh dipotong makan sejuk2..... :D




Sunday, October 30

Mix Fruit Triffle


4 atau 5 slice Chocolate roll cake (Tebal 3cm)
1 can Mix Fruit

Adunan untuk Jelly
90g Ready mix Jelly (Perisa strawberry)
(Masak jelly ikut instruction di kotak)

Adunan untuk kastard
2 kotak kecil Fresh Milk
2 tsp gula
3 tbs Tepung kastard
1 buju kuning telur
1 camca teh esen vanila
1 tbs butter
Masukkan susu, kemudian tepung kastard. Masukkan kuning telur dan esen sekali. Kacau atas api pelahan. Mesti selalu kacau untuk elakkan ketulan. setelah adunan agak sedikit pekat, masukkan butter and kacau lagi. Kemudian boleh angkat dari api tadi.

Cara-cara
  1. Aturkan potongan kek didalam bekas kaca bulat berukuran  9' x 9'
  2. Masukkan adunan kastard diatas potongan kek.
  3. Masukkan lapisan mix fruit
  4. Akhir tuangkan adunan jely yg telah dimasak.
  5. Masukkan dalam peti sejuk dan sedap dihidang semasa musim panas.






Tuesday, August 9

Agar-Agar Santan Gula Melaka


Bahan
3 pkt agar-agar (1pkt 7gm)
1 liter air
400ml santan pekat
1 cwn gula melaka (gula merah pun tak pa)
1/4 cwn gula
1 biji telur
1 helai daun pandan
Cara-cara
  • Masak agar-agar bersama air dan daun pandan.
  • Bila agar-agar dah hancur masukkan gula dan gula melaka.
  • Didalam bekas berasingan, masukkan santan, telur, kacau dgn garpu hingga sebati.
  • Tapis campuran santan ke dalam sebuah periuk berasingan.
  • Tapiskan pula campuran agar-agar ke dalam periuk santan tadi.
  • Masak hingga mendidih, kacau perlahan-lahan..
  • Masuk ke dalam acuan dan sejukkan