Showing posts with label Snacks. Show all posts
Showing posts with label Snacks. Show all posts

Wednesday, July 4

Popia Goreng



Bahan tumis
2 biji bawang kecil
1 biji bawang putih
Sedikit minyak
Sedikit air
Gula & Garam secukup rasa

Bahan Hiris Nipis
1 biji sengkuang
1 biji carrot
3 tangkai kacang panjang
2 camca udang kering/udang hidup (dicindang)
Kalau tak suka udang, gantikan dengan isi ayam atau telur yang telah dicincang.
2 camca kecil bawang goreng (Di hancurkan sedikit)

Cara memasak
  • Masukkan bawang putih & bawang merah yang telah dihiris nipis kedalam belanga yang telah dipanaskan dengan minyak.
  • Setelah bawang agak kuning masukkan sengkuang dan carrot.
  • Masukkan juga air.
  • Kacau rata dan masukkan kacang panjang
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Biarkan semua bahan agak sedikit layu, matikan api
  • Kemudian gulung popia apabila bahan inti agak sedikit sejuk.
Untuk membuat sos dia, saya buat yang cepat dan simple. Saya ambil 2 camca cili kering yang telah siap di mesin (cili yang saya simpan tuk buat sambal tumis) Panaskan minyak dalam kuali, masukkan cili td, masukkan sedikit air. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung mengikut kepekatan yang kita mahu. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa. Sedap sos ni... simple n cepat nk siapkan. kalu nak cepat lagi amik cili sos saje ye... :p


Friday, April 20

Apom Polkadot


3 biji telur (sejuk)
275gm tepung gandum
220gm gula halus
150ml susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh Ovallet
1 sudu teh esen vanilla
Jem ikut citarasa masing2
  1. Pukul telur sampai kembang, masukkan esen
  2. Masukkan gula n ovellet n pukul lagi
  3. Masukkan susu n tepung selang seli
  4. Pukul lagi sampai kembang.
  5. Asingkan adunan dalam berberapa bekas untuk di warnakan.
  6. Panaskan bekas kukus anda.
  7. Paper cup dimasukkan dalam bekas acuan lompang (kalau pakai loyang untuk cup cake pun ok)
  8. Masukkankan setengah adunan setengah paper cup. Masukkan pula sedikit jem. Kemudian penuhkan papercup tadi.
  9. Kemudian pipingkan dot-dot.
  10. Setelah selesai masukkan adunan dalam cupcake, masukkan semua cupcake kedalam loyang kukus dan kukus selama 10 minit. 

Note:
  • Anda boleh masukkan adunan yang telah siap diwarnakan td dalam piping bag agar senang untuk anda masukkan adunan dalam papercup yg cut-cute tu.
  • Untuk buat dot2 tu, saya masukkan adunan dalam bag plastic yg org selalu bungkus makanan, kemudian potong bucu plastic sikit saja, agar nnt dot2 tu tak jd besar sangat semasa proses penitikkan.
  • Nasihat saya, biarlah warna adunan untuk dot2 tu sahaja lebih terang. Kalau tidak warna tak naik selepas kukus.

Sunday, September 18

Capati Roll



Bahan-Bahan

6 keping Capati segera
2 keping daging burger (dicincang)
1 biji bawang besar (dihiris)
5 camca sudu besar sos prego (Tradisional)
3camca besar sos lada hitam
Sedikit garam n gula




Cara Memasak
  1. Tumis bawang bersama 1 camca besar minyak.Masukkan daging tadi. Kacau sehingga masak tp jangan sampai garing sangat tau. Setelah agak masak, masukkan sos prego dan sos lada hitam.
  2. Masukkan garam dan kacau sehingga rasa sebati
  3. Akhir sekali masukkan bawang yang telah dihiris.
  4. Capati masak atas satu pan leper. Masak sehinggak agak kekuningan.
  5. Cedok 2 atau 3 sudu besar campuran daging td, Taburkan dengan sedikit latuce yang telah dihiris. Anda juga boleh masukkan hirisan tomato.
  6. Kemudian boleh la digulung.